Ok, banyak yang keliru. Selalu ada yang bertanya. ''Ramai tak hari ini?, tengahari ini? petang ini?'. Begini, sebab itu saya katakan temujanji amat penting. Jadi anda tak perlu risau ramai orang atau tidak. Tak perlu menunggu. Rawatan hanya berdasarkan temujanji. Saya hanya mampu menerima 5 orang sahaja setiap hari. Kerana faktor masa, hal2 lain dan tenaga saya juga terhad. Jika terpaksa membatalkan temujanji atau terlewat sila beritahu segera supaya tidak menganggu temujanji dengan pesakit lain.
Contohnya, jika mahu datang jam 5, mesti sampai jam 5 atau awal, dan paling lewat 5.30 mungkin disebabkan hal2 lain sebab kesesakan jalan raya ke misalnya. Tapi sila beritahu jika terlewat. Jika tidak saya terpaksa menerima pesakit yang lain, dan anda terpaksa menunggu lama atau ditunda kehari lain. Dan juga jangan lupa menyalin peta dan panduan atau direction ke sini. Penting untuk memudahkan anda juga.
Oh ya, Salah seorang pesakit yang datang semalam adalah lecturer sebuah Universiti. Itu kali kedua berturut2 dia datang kerana masaalah kelakian dan pinggang kanannya yang sakit sudah bertahun2. ''Badan rasa sangat ringan lepas urut haritu '' katanya sambil ketawa. Dan orangnya sangat peramah dan lucu. Yang lain pula hanya sakit biasa, seperti kaki lenguh dan badan sengal2.
Ok, setakat ini dulu untuk hari ini, esok atau petang nanti berkenaan haiwan yang saya maksudkan diatas tadi. Apa pula kena mengena haiwan dengan urut pulak?. Nanti lah saya ceritakan...salam hormat dan jumpa lagi.
..........................................................................................................................................................
Tidak melayan sebarang sms. Kecuali jika saya mengenali saudara. Sebarang soalan lucah, mengarut, main-main yang tidak ada kena mengena dengan perkhidmatan urut yang ditawarkan dibawah tidak akan dilayan. Harap faham. Harap maklum. Harap maaf. Terima kasih.
Rawatan
1-Urut untuk orang sihat, termasuk lemah syahwat atau tenaga batin, hanya lemah ye, bukan nak besar, nak kecik dan sebagainya.
2-Urut untuk orang sakit, ( bagi sesiapa yang mempunyai masaalah seperti dibawah ).
a- Lemah syahwat atau batin
b- Sakit-sakit badan
c- Sakit sendi
d- Reflexology
sakit bahu, tengkuk, pinggang dan apa-apa yang berkaitan.
f- Sakit pinggang , sakit baru atau lama, sangat sakit atau kurang selesa.SANGAT TAK SELESA
Rm 70 sejam
Rm 100 Satu setengah jam
Rm 140 2 jam
Hubungi Arie ~ 0122948937 No Sms. ( sila salin peta dan panduan kesini )
dari 10 pagi 8 malam ( last call) untuk temujanji.
Panggilan keluar atau out call tak ada.
Hanya temujanji sahaja untuk kemudahan dan keselesaan anda. Dan memudahkan saya mengatur masa. Oleh kerana ramai yang datang. Saya tak mahu anda menunggu lama.
Jika terpaksa membatalkan temujanji atau lambat sila beritahu saya segera, jika tidak saya mungkin menganggap anda hanya bermain-main. Maaf ya. Ini penting untuk mengelakkan urusan dengan pesakit yang lain terganggu.
Temujanji sekitar sejam atau lebih sahaja sebelum datang. Temujanji terlalu awal seperti sehari atau dua hari sebelumnya tidak digalakkan. Ini kerana selalu berlaku perubahan disaat2 akhir kerana hal2 yang tak dapat dielakkan seperti kecemasan dan sebagainya. Jika anda tak pernah datang, digalakkan datang siang kerana disebelah malam keadaan jalan agak kelam dan sunyi. Bagi yang pernah datang tak ada masaalah.
Sila salin dan rujuk peta serta panduan dibawah supaya tidak sesat. Jika tak jumpa sila talipon untuk bertanya arah. Terima kasih.
Tidak perlu bawa kain atau tuala kerana semua sudah tersedia. Kain cadar dan sarung bantal sentiasa ditukar setiap kali sesi urutan selesai. Semuanya bersih.
Bagaimanapun untuk lebih yakin dan selesa digalakkan bawa sendiri kain atau tuala sendiri untuk dipakai dan lapik.
Ini bukan rumah urut, bukan pusat urut, bukan kedai, bukan pusat rawatan islam dan sebagainya, hanya rumah biasa.
Urutan akan dilakukan sendiri oleh saya.
Berpengalaman lebih 15tahun dalam pelbagai urut tradisional. Saya tidak melayan sms, kerana saya sangat malas berbalas sms. Saya sibuk.
Perhatian
segala maklumat didalam ini sentiasa betul dan sama. Jika ada perubahan saya akan beritahu disini. Tidak ada lain-lain perkhidmatan selain yang tertera di halaman ini. Harap faham betul-betul.Maaf, terima kasih.