Lokasi terkini Urut Saraf lelaki

Lokasi terkini Urut Saraf lelaki
Urut tradisional lelaki, Block F4 Taman melati kawasan 8 Kuala Lumpur

Whatsapp 0122948937 Outcall dan incall 9 pagi-12 malam

Whatsapp 0122948937 Outcall dan incall 9 pagi-12 malam
Urut tradisional lelaki incall di hotel Taman Melawati, Taman sri keramat kl dan outcall sekitar kuala lumpur outcall kerumah dan hotel

CERITA TERKINI KLIK DI HALAMAN UTAMA

"ASSALAMUALAIKUM SELAMAT DATANG KE LAMAN URUT TRADISI "

Urut tradisional lelaki Taman Melawati Outcall dan Incall

Urut tradisional lelaki Taman Melawati Outcall dan Incall
urut tradisional melayu 0122948937 KL outcall dan incall

Sunday, May 29, 2011

TUKANG URUT TUA TUKANG URUT MUDA

Saya sebutkan topik begini ada sebabnya. Selalu juga yang datang menyangka saya orang tua atau sekurang2nya pakcik2 berumur sikit. Ada juga yang talipon memanggil saya pakcik. 


Bila datang mereka terkejut dan tak mahu panggil saya pakcik lagi. Dan ada juga yang menyangka saya hanya pembantu urut. Sudah biasa orang anggap begitu sebelum berjumpa, jadi saya senyum saja. Ada juga yang mengharapkan saya orang muda kerana sebab yang elok dan tak elok. Yang elok contohnya,'' Kalau yang muda bertenaga dan urutan kuat. Baru terasa'',  katanya. Yang  tak elok pula anda fikirkan sendiri.


Ah! pelbagai macam ragam seperti yang sudah saya beritahu. Tak mengapa...kerana saya bukan muda tapi bukan tua. Ditengah-tengah saja. Umur tak penting dalam bidang ini, yang penting pengalaman dan kemahiran yang ada. Kecuali kalau anda mencari jambu yang boleh melayan sifat songsang anda. Sila cari ditempat lain, disini bukan tempatnya. Maaf.


Hahaha...macam2 hal. Saya sebutkan ini kerana selalu menerima sms yang bukan2. Lucah dan tak ketinggalan ingin berkenalan. Termasuk bini orang. Kalau perempuan tak lah pelik sangat walaupun anda tak sepatutnya buat begitu, tapi selalunya lelaki pun ada juga. Baik dermakan setiap sen kredit anda pada orang susah. Itu lebih berfaedah. Kerana saya sekali2 tak akan melayan panggilan dan sms begitu. 


Ada juga si dungu yang minta gambar, tanya umur, tinggi dan berat, serta servis yang ada. Hehe...kalau tanya servis yg ada tak apa lagi, bacalah semuanya ada tertulis dibawah. Tapi sampai minta mms gambar, tanya tinggi dan berat tu apasal pulak?, apa kena mengenanya. Ish! sabar sajalah.


Baiklah, kebetulan ada pesakit, baru tiba dari ipoh. Dua orang cina separuh umur. Sudah berkahwin, sakit belakang katanya. Ini kali keberapa dia datang entah ,saya lupa. Sanggup datang jauh2 tu. Kalau ada tukang urut di Ipoh, sila promote diri anda. Kesian pada orang ipoh ini sampai ke KL cari saya!.


Ok lah untuk kali ini ye. Sebenarnya macam2 hal lagi. Mungkin akan saya kongsikan kemudian. Salam hormat dan jumpa lagi...


..............................................................................................


Seperti biasa, Rawatan yang ditawarkan ialah seperti dibawah. Tidak ada lain-lain perkhidmatan selain yang disebutkan dibawah. Tidak ada kena mengena dengan tempat-tempat urut yang mengunakan nama yang sama seperti Jari Emas.

Tidak melayan sebarang sms. Kecuali jika saya mengenali saudara. Sebarang soalan lucah, mengarut, main-main yang tidak ada kena mengena dengan perkhidmatan urut yang ditawarkan dibawah tidak akan dilayan. Harap faham. Harap maklum. Harap maaf. Terima kasih.

Rawatan
1-Urut untuk orang sihat, termasuk lemah syahwat atau tenaga batin, hanya lemah ye, bukan nak besar, nak kecik dan sebagainya.

2-Urut untuk orang sakit, ( bagi sesiapa yang mempunyai masaalah seperti dibawah ).

a- Lemah syahwat atau batin
b- Sakit-sakit badan
c- Sakit sendi
d- Reflexology

Upah Urut Badan

Rm 70 sejam
Rm 100 Satu setengah jam
Rm 140 2 jam

Upah Urut Batin
Rm 70 dalam jangkamasa sejam sahaja.

( PESAKIT LAMA HARGA LAMA)

Hubungi Arie ~ 0122948937  No Sms. ( sila salin peta dan panduan kesini )

dari 10 pagi 8  malam ( last call) untuk temujanji.

Panggilan keluar atau out call tak ada.
Hanya temujanji sahaja untuk kemudahan dan keselesaan anda. Dan memudahkan saya mengatur masa.Saya tak mahu anda menunggu lama.

Jika terpaksa membatalkan temujanji atau lambat sila beritahu saya segera, jika tidak saya mungkin menganggap anda hanya bermain-main. Maaf ya. Ini penting untuk mengelakkan urusan dengan pesakit yang lain terganggu.

Temujanji sekitar sejam atau lebih sahaja sebelum datang. Temujanji terlalu awal seperti sehari atau dua hari sebelumnya tidak digalakkan. Ini kerana selalu berlaku perubahan disaat2 akhir kerana hal2 yang tak dapat dielakkan seperti kecemasan dan sebagainya. Jika anda tak pernah datang, digalakkan datang siang kerana disebelah malam keadaan jalan agak kelam dan sunyi. Bagi yang pernah datang tak ada masaalah.
Sila salin dan rujuk peta serta panduan dibawah supaya tidak sesat. Jika tak jumpa sila talipon untuk bertanya arah. Terima kasih.

Masuk taman melawati, jalan terus sampai jumpa bulatan hilside. ( Roundbout ). Ambil jam 12, jalan depan sikit nanti jumpa masjid sebelah kiri. Jalan lagi jumpa bus stop sebelah kiri. Ambil simpang kanan yaitu jalan melawati yang berdepan bus stop. Jalan depan sikit, ambil lorong kiri yang kedua, tak ada nama jalan. Ambil kiri lagi naik atas bukit. Nanti jumpa simpang tiga, ambil kanan. Jalan depan sikit nanti jumpa rumah no 7 pagar hijau atas bukit. Jarak antara simpang masuk taman melawati tadi kesini lebih kurang 2 kilometer saja. Atau 1/2 jam berjalan kaki.

Tidak perlu bawa kain atau tuala kerana semua sudah tersedia. Kain cadar dan sarung bantal sentiasa ditukar setiap kali sesi urutan selesai. Semuanya bersih.

Bagaimanapun untuk lebih yakin dan selesa digalakkan bawa sendiri kain atau tuala sendiri untuk dipakai dan lapik.

Ini bukan rumah urut, bukan pusat urut, bukan kedai, bukan pusat rawatan islam dan sebagainya, hanya rumah biasa.

Urutan akan dilakukan sendiri oleh saya.

Berpengalaman lebih 15tahun dalam pelbagai urut tradisional. Saya tidak melayan sms, kerana saya sangat malas berbalas sms. Saya sibuk.

Perhatian
segala maklumat didalam ini sentiasa betul dan sama. Jika ada perubahan saya akan beritahu disini. Tidak ada lain-lain perkhidmatan selain yang tertera di halaman ini. Harap faham betul-betul.Maaf, terima kasih.

Bulatan hillside.


Simpang kiri selepas jalan melawati. Gambar-gambar hanya untuk memudahkan anda mengecam sepanjang jalan kesini.


POSTING SEBELUMNYA

1-URUT DAN HAIWAN
2- SAKIT PINGGANG BERTAHUN