Hari pertama, ketika mengurut ayahanda saya yang sakit bahagian pinggang sampai kaki kerana terjatuh, dia menyuruh saya tidak terlalu kuat kerana tak tahan sakit. Angin sudah masuk, sengal dan bisa2 terasa dibahagian punggung yang terhentak. Kasihan.
Hari kedua , kesakitan itu telah berkurangan, sampai lah pagi hari yang ketiga sebagaimana yang sepatutnya iaitu urut tiga kali berturut2 akhirnya tidak sakit lagi. Hari berikutnya saya pula ambil kesempatan itu minta pertolongan ayah untuk mengurut bahagian bahu, leher sampai ke urat belikat saya yang sakit tiba2 akibat terlebih kerja berat. Ialah sudah lama tak kerja berat tiba2 buat, urat macam terkejut dan meragam.
Sakitnya tak selesa semasa tidur, bangun tidur apalagi ketika waktu biasa. Saya sudah biasa diurut jadi tidak lah terasa sakit sangat. Sakitlah juga, tapi sedap.
Petang nya saya ingin merihatkan badan saja kerana sudah lama tak bercuti. Tetapi tiba2 ada call dari seseorang mahu datang. Seorang lelaki cina, jalannya agak tak stabil seperti orang pening. Katanya baru baik dari stroke. Tanda stroke ialah sering terasa seperti migraine akibat peredaran darah menuju ke otak terganggu. Leher seperti kaku, pinggang dan punggung kebas/sengal. Tangan dan kaki terasa kebas / semut2, asam urat yang tinggi sehingga terjadinya pembengkakan di bahagian tertentu akibat nya apabila perjalanan darah tidak lancar disana sini berlakulah penyumbatan, terutama dibahagian otak yang mempunyai banyak pembuluh darah yang halus, terasa badan mati sebelah, kaku tak bergerak, mata gelap sekejap, seterusnya terjadilah penyumbatan pecah pembuluh darah diotak lalu jadilah stroke. Ngerikan?
Lelaki cina ini akhirnya datang setiap minggu untuk memastikan perjalanan darahnya lancar, kemudian 2 minggu sekali dan seterusnya sebulan sekali untuk mantain. Sekarang sudah menjadi kawan rujukan saya jika ingin tahu hal2 berkaitan hartanah, kerana dia seorang ejen / broker hartanah.
Ok, stroke ini selalunya menyerang orang yang usianya 50 keatas, tetapi zaman sekarang banyak yang sudah terkena pada usia 30 an termasuk lelaki cina tadi, malah 20 an pun ada. Jika mahu sihat walafiat, jaga pemakanan, lakukan senaman secara teratur yang boleh membuang racun dan kotoran dalam tubuh dalam bentuk peluh/keringat. Untuk melancarkan lagi perjalanan darah, urutan juga banyak membantu.
Ok, setakat ini dulu, saya kongsikan pengalaman dihari lain nanti, salam hormat...jumpa lagi.
......................................................................................
Seperti biasa, Rawatan yang ditawarkan ialah seperti dibawah. Tidak ada lain-lain perkhidmatan selain yang disebutkan dibawah. Tidak ada kena mengena dengan tempat-tempat urut yang mengunakan nama yang sama seperti Jari Emas.
Tidak melayan sebarang sms. Kecuali jika saya mengenali saudara. Sebarang soalan lucah, mengarut, main-main yang tidak ada kena mengena dengan perkhidmatan urut yang ditawarkan dibawah tidak akan dilayan. Harap faham. Harap maklum. Harap maaf. Terima kasih.
Rawatan
1-Urut untuk orang sihat, termasuk lemah syahwat atau tenaga batin, hanya lemah ye, bukan nak besar, nak kecik dan sebagainya.
2-Urut untuk orang sakit, ( bagi sesiapa yang mempunyai masaalah seperti dibawah ).
a- Lemah syahwat atau batin
b- Sakit-sakit badan
c- Sakit sendi
d- Reflexology
Rm 70 sejam
Rm 100 Satu setengah jam
Rm 140 2 jam
Hubungi Arie ~ 0122948937 No Sms. ( sila salin peta dan panduan kesini )
dari 10 pagi 8 malam ( last call) untuk temujanji.
Panggilan keluar atau out call tak ada.
Hanya temujanji sahaja untuk kemudahan dan keselesaan anda. Dan memudahkan saya mengatur masa.Saya tak mahu anda menunggu lama.
Sila salin dan rujuk peta serta panduan dibawah supaya tidak sesat. Jika tak jumpa sila talipon untuk bertanya arah. Terima kasih.
Masuk taman melawati, jalan terus sampai jumpa bulatan hilside. ( Roundbout ). Ambil jam 12, jalan depan sikit nanti jumpa masjid sebelah kiri. Jalan lagi jumpa bus stop sebelah kiri. Ambil simpang kanan yaitu jalan melawati yang berdepan bus stop. Jalan depan sikit, ambil lorong kiri yang kedua, tak ada nama jalan. Ambil kiri lagi naik atas bukit. Nanti jumpa simpang tiga, ambil kanan. Jalan depan sikit nanti jumpa rumah no 7 pagar hijau atas bukit. Jarak antara simpang masuk taman melawati tadi kesini lebih kurang 2 kilometer saja. Atau 1/2 jam berjalan kaki.
Tidak perlu bawa kain atau tuala kerana semua sudah tersedia. Kain cadar dan sarung bantal sentiasa ditukar setiap kali sesi urutan selesai. Semuanya bersih.
Bagaimanapun untuk lebih yakin dan selesa digalakkan bawa sendiri kain atau tuala sendiri untuk dipakai dan lapik.
Ini bukan rumah urut, bukan pusat urut, bukan kedai, bukan pusat rawatan islam dan sebagainya, hanya rumah biasa.
Urutan akan dilakukan sendiri oleh saya.
Berpengalaman lebih 15tahun dalam pelbagai urut tradisional. Saya tidak melayan sms, kerana saya sangat malas berbalas sms. Saya sibuk.
Perhatian
segala maklumat didalam ini sentiasa betul dan sama. Jika ada perubahan saya akan beritahu disini. Tidak ada lain-lain perkhidmatan selain yang tertera di halaman ini. Harap faham betul-betul.Maaf, terima kasih.
Bulatan hillside.
Simpang kiri selepas jalan melawati. Gambar-gambar hanya untuk memudahkan anda mengecam sepanjang jalan kesini.
1- KURSUS URUT JANGKA PENDEK
2-TUKANG URUT MUDA DAN TUA
3-URUT DAN HAIWAN
4- SAKIT PINGGANG BERTAHUN
5- PENYAKIT KULIT DAN URUT